Ciri-ciri usahawan berjaya

Picture
Jati diri usahawan (ciri-ciri usahawan berjaya)
Kajian terhadap usahawaaan yang berjaya menemui satu personaliti umum yang dikongsi secara umum oleh mereka. Ia menglibatkan hubungan multi-arah yang menjadi dorngan dalaman dan dorongan luaran yang berterusan.

Dorongan ini boleh datang dari diri sendiri ataupun persekitaran dan kadangkala strategi. Perkara yang paling biasa ditemuai pada mereka adalah bersikap positif dalam sebarang keadaaan. Tiada perkataan mustahil dan bersifat tidak pernah mengalah apabila menghadapi sebarang rintangan

Di bawah adalah sebahagian dari ciri-ciri utama yang terdapat secara umum kepada usahawan yang telah berjaya:

DORONGAN DALAMAN

a. Semangat Jayadiri
Selalu berfikiran positif, berdikari dan mempunyai motivasi yang tinggi. Sentiasa ghairah ingin memperbaiki tahap diri dan meningkatkan kedudukan ekonomi. Mahu mencari dan menterjemah peluang-peluang yang ada ke arah prodiktif.

b. Potensi
Menyedari dan tahu potensi diri sendiri dengan yakin. Kerana dunia perniagaan adalah berkisar di persekitaran merealisasikan potensi. Baik dari segi pontensi diri menterjemah dan termasuk juga potensi barangan yang diperdagangkan

c. Kawalan
Ia merangkumi kawalan berbentuk pribadi dari sikap negative seperti tamak, menindas, menipu dan pelbagai sikap buruk. Pada masa yang sama, peniaga yang berjaya adalah mereka yang turut mampu mengawal situasi, harga, kos dan pelanggan. Mereka boleh mengawal perjalanan diri dan perniagaan daripada elemen negatif, baik ketika meniti kejayaan mahupun sewaktu merudum.

d. Mempunyai halatuju
Usahawan yang berjaya didapati mempunyai pelan yang sempurna dan halatuju yang jelas. Mereka sedia maklum dan mahir dalam bidang yang diceburi serta siaga dalam menangani cabaran yang telah dijangka. Pelan luar jangka atau pelan ‘B’ telahpun disediakan untuk menghadapi perkara di luar kawalan. Satu sasaran telah disediakan bagi mengukur pencapaian dan meningkatkan tahap perniagaan.

e. Kreatif
Kreativiti amat penting dalam dunia perniagaan yang merupakan pentas persaingan. Penawaran barangan dan perkhidmatan yang pelbagai dalam pasaran akan menyebabkan bakal pembeli dan pengguna rambang mata. Hanya dengan daya kreativiti yang tinggi sahaja, berupaya menarik pelanggan membeli produk yang ditawarkan. Begitu juga dalam menghadapi kemelesetan, melalui daya kreativiti usahawan, ia boleh ditangani dengan berhemah.

f. Kemahiran berkomunikasi
Memang benar pepataah mengatakan ‘mulut mahu manis, hati mesti baik’ adalah kunci merupakan ‘kunci kata’ kepada kejayaan perniagaan. Ia amat penting kerana proses berniaga adalah merupakan prosedur menyakinkan pelanggan terhadap produk yang ditawarkan, sehingga menyebabkan pelanggan tertarik untuk membeli produk dengan harga yang ditawarkan. Proses menyakinkan memainkan peranan utama dalam pemasaran produk dan membolehkan kita mengatasi pesaing.

g. Fleksibel dan mudahalih
Daya serapan dalam perniagaan terhadap perubahan-perubahan pasaran dan keperluan pengguna serta senario setempat adalah penting. Menawarkan produk yang baik kepada golongan sasaran yang silap adalah satu kesalahan yang selalu dilakukan oleh peniaga IKS. Kerana itu, kepekaan terhadap keperluan dan sedia merombak serta ubahsuai bentuk dan bahan dagangan akan memastikan para peniaga tetap berdaya saing dan mampu menongkah arus. Perubahan, peningkatan dan rombakan strategi mesti dilakukan dari masa ke semasa demi kelangsungan perniagaan.

DORONGAN LUARAN

a. Cabaran ekonomi
Cabaran ekonomi boleh datang dalam pelbagai bentuk. Sama ada akibat kehilangan pekerjaan, pertambahan bilangan keluarga ataupun kekangan sosial untuk meningkatkan status. Kadangkala, cabaran-cabaran ini telah melonjak individu daripada zon selesa mereka dan menghumban keluar individu daripada kepungan kepompong alam pekerjaan kepada alam perniagaan.

b. Kehadiran peluang
Terdapat juga beberapa usahawan yang berjaya telah didorongkan melalui kewujudan peluang. Ini termasuk perniagaan yang berkaitan kontrak, francais, pembekalan dan seumpamanya. Golongan ini selalunya adalah professional yang berurusan dengan peniaga-peniaga yang tidak secara langsung didedahkan dengan dunia perniagaan.

c. Bimbingan
Memang muttakhir ini, kerajaan telah melahirkan ramai peniaga dan usahawan yang tergolong dalam kelas ini. Mereka ini memang dididik dan menerima bimbingan untuk mencebur diri dalam bidang keusahawanan.

PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN

Menceburi bidang perniagaan tanpa asas yang kukuh selalu menjerumus individu ke dalam situasi yang tidak menentu. Oleh itu, sebaik dan semampu mungkin usaha-usaha persediaan yang rapi perlu dilakukan demi menjamin kejayaan mutlak dapat dijana. Penyediaan dan persiapan yang dilakukan perlu meliputi aspek fizikal, material dan mental.

PRA-PERNIAGAAN

1. Mengumpul maklumat
Pengumpulan maklumat adalah merupakan ‘kunci kejayaan’ kepada sebarang usahaniaga yang akan dijalankan. Analogi situasi berkenaan adalah seperti tentera yang bertempur dengan senjata dan tentera yang bertempur tanpa senjata.

Sumber maklumat boleh diperolehi dari pelbagai rujukan. Ia boleh diperolehi melalui program kursus, seminar, bahan bacaan dan petikan akhbar dan media elektronik termasuk internet. Dengan kewujudan pelbagai kementerian dan agensi yang ditubuhkan kerajaan, urusan untuk mengumpul maklumat adalah amat mudah dan menjimatkan masa dan wang.

2. Pilihan bahaniaga
Pemilihan bahaniaga turut memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kejayaan suatu bidang perniagaan yang diceburi. Ini dapat dilakukan apabila kajian keperluan pengguna dan soalselidik dibuat terlebih dahulu. Ia tidak semestinya secara formal, tetapi boleh dilakukan melalui konsep tidak formal seperti tinjauan, perbualan, panggilan telefon, pemerhatian, kajiselidik rambang dan juala percubaan.

Teknik lain yang boleh digunakan adalah mengkaji tahap percapaian pesaing. Tindakan ini adalah baik dan berkesan kerana dapat memastikan bukan sahaja tindakbalas pengguna, tetapi turut mendedahkan kelemahan pesaing, peluang dan juga nilai pasaran.

3. Pelan perniagaan
Pelan perniagaan adalah merupakan kerangka kasar yang perlu disiapkan, dikaji, diteliti dan diberikan pertimbangan sewajarnya, sebelum sesuatu perniagaan dilaksanakan. Ini mesti dibuat supaya usahawan mempunyai kesedaran terhadap risiko dan potensi yang akan diharumi dalam perniagaan berkenaan.

Umumnya tujuan pelan atau rancangan perniagaan itu disediakan adalah kerana:
a. memberikan justifikasi terhadap objektif perniagaan berkenaan termasuk risiko dan potensinya.
b. Memberikan gambaran kasar mengenai kemampuan usahaniaga yang bakal dilakukan termasuk daya majunya.
c. Memberikan anggaran awal terhadap sumber-sumber yang diperlukan dalam melaksanakan usahaniaga berkenaan.
d. Menyakinkan pembiaya dan rakankongsi yang akan menyertai usahaniaga.
e. Menyediakan satu garis panduan pelaksanaan untuk diikuti supaya tidak tersasar dari maklamat asal,
f. Boleh menganggarkan saiz, bentuk dan lokasi projek supaya bersesuaian dengan kemampuan modal, gunatenaga dan kemantapan pasaran

Pelan perniagaan yang mudah dapat disediakan mengikut format dibawah yang mengandungi 7 bahagian :-

Bab / Bahagian Perkara
Bahagian 1 Tujuan rancangan perniagaan
Bahagian 2 Latar belakang perniagaan
Bahagian 3 Latar belakang ahli kongsi
Bahagian 4 Rancangan pentadbiran
Bahagian 5 Rancangan pemasaran
Bahagian 6 Rancangan operasi perniagaan
Bahagian 7 Perancangan kewangan

4. Lokasi Perniagaan
Bahaniaga yang baik belum tentu mencukupi untuk menarik pelanggan sekiranya lokasi perniagaan tidak terletak di tempat yang strategic. Keadaan ini selalu berlaku sekiranya lokasi perniagaan terletak di pusat membeli belah. Tinjauan perlu dilakukan dengan teliti untuk memilih lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung.

Sekiranya premis perniagaan ingin ditempatkan di tapak sendiri di luar pusat membeli telah, pastikan kemudahan intrastruktur yang cukup terdapat di lokasi. Ini termasuklah kemudahan pengangkutan, talian telefon, air, elektrik dan tempat meletak kenderaan. Ini juga mestilah mudah dilihat dan dihubungi.

Kerajaan menerusi agensinya juga menyediakan premis perniagaan untuk disewa oleh usahawan dengan harga yang berpatutan. Sila rujuk dibahagian PREMIS PERNIAGAAN

5. Mendaftar Perniagaan
Cabaran pertama usahawan IKS adalah untuk mendaftarkan perniagaan mereka. Kebanyakan individu mengambil jalan mudah dengan membeli syarikat sedia ada atau menyerahkannya kepada pihak ketiga untuk melakukannya.

Ini sudah tentu akan melibatkan perbelanjaan. Secara tidak langsung ia akan menyusutkan sumber modal sedia ada. Sedangkan wang berkenaan sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan yang lebih produktif. Panduan umum dan contoh praktikal bagaimana untuk mendaftar perniagaan dan borang-borang yang diperlukan mengikut jenisnya

Pengalaman mendaftarkan perniagaan sendiri adalah amat bermakna dan menjadikan anda lebih matang serta bersedia untu mengharungi kehidupan sebagai seorang usahawan.

Untuk mendaftarkan perniagaan tunggal dan perkongsian ia hanya perlu dilakukan dengan menggunakan Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang A) seperti Lampiran 4. Ia mestilah dilengkapkan mengikut maklumat yang diperlukan. Berikut adalah perkara-perkara lain yang perlu disertakan:-
1. Salinan fotostat kad pengenalan setiap rakankongsi.
2. Bayaran RM25.00 untuk pendaftaran perniagaan tunggal.
3. Bayaran tambahan RM50.00 untuk perniagaan perkongsian.
4. Bayaran tambahan RM1.00 untuk setiap cawangan baru yang dibuka.

Nama perniagaan tempahan terhadap nama perniagaan perlu dilakukan sebelum diluluskan untuk tujuan pendaftaran kerana dikhuatiri nama-nama berkenaan menyerupai entiti perniagaan lain atau bertentangan dengan undang-undang. Borang pendaftaran nama perniagaan ini menggunakan Borang PNA 42.

Lain-lain borang yang berkaitan adalah:-
Jenis Borang Kegunaan Borang
Borang B1 Perubahan Alamat Perniagaan
Borang B2 Perubahan Jenis Perniagaan
Borang B3 Perubahan Maklumat Cawangan
Borang B4 Perubahan Maklumat Pemilik
Borang C Menamat dan Menutup Perniagaan

Hikmat Berzakat

Picture


Di antara hikmat disyariatkan zakat ialah:

Dapat beribadah kepada Allah SWT. Mensucikan jiwa manusia dari sifat kikir, bakhil, rakus dan tamak. Seterusnya melahirkan ciri-ciri masyarakat mukmin sebagaimana firman Allah s.a.w. yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".  (Surah at-Taubah, Ayat: 71)

Membantu fakir miskin dan meringankan beban mereka yg dalam kesusahan dan kesulitan. Pengurusannya mampu memperbaiki kedudukan masyarakat dari sudut moral dan material di mana ia dapat menyatukan anggota masyarakat sehingga menjadi seolah-olah sebatang tubuh.

Zakat merupakan ibadat material dan penyebab untuk mendapat rahmat Allah. Seperti FirmanNya yang bermaksud:

"Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu, maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat.
(Surah al-A'raaf, Ayat: 156)

Membatasi jurang perbezaan kekayaan yang keterlaluan dalam masyarakat Islam.

Ia merupakan syarat untuk mendapatkan bantuan daripada Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Allah akan tolong sesiapa yg menolong agamaNya (agama Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat".
(Surah al-Hajj, Ayat: 40, 41)

Zakat juga merupakan syarat persaudaraan di dalam agama Islam.

Zakat turut digelarkan sebagai salah satu sifat orang yang mengimarahkan rumah Allah (masjid).

Zakat ini jugalah yang dianggap sebagai ciri-ciri mukmin yang berhak mewarisi syurga firdaus sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)".
(Surah al-Mu'minuun, Ayat: 4)

Sejarah telah mengisahkan bagaimana tragedi pertama dan ulung dalam sejarah umat Islam setelah wafat baginda Rasulullah s.a.w. Tragedi ini ialah keengganan memberi zakat oleh beberapa Qabilah Arab.

Dengan ketegasan Saidina Abu Bakar As-Siddik Khalifah Rasulullah yang pertama, dengan menghantar bala tentera untuk memerangi mereka yang enggan membayar zakat, maka dengan itu keadaan kembali pulih seperti sediakala.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Demi Allah, aku akan perangi mereka yang membezakan diantara sembahyang dengan zakat.

Semua ini menunjukkan betapa besarnya dosa mereka yang enggan membayar zakat dan darah mereka dihalalkan.

Fekah telah menyatakan bahawa orang yang mengengkari wajib zakat hukumnya murtad.

:: Bersama kita kearah melahirkan insan berzakat.

Mengapa Wajib Membayar Zakat?

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Firman Allah s.w.t.

Maksudnya :
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)."  Surah At Taubah (103)

Sabda Rasulullah SAW:
(Hukum Zakat, Dr. Yusuf Qardawi, m/s 75)

Maksudnya :
Saya mengarahkan memerangi manusia kecuali bila mereka mengucap dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat."