Picture
BANKRAP YANG TIDAK DILEPASKAN BERTINDAK SEBAGAI PENGARAH
Setiap orang yang bankrap dan yang tidak dilepaskan daripada pengisytiharan tersebut yang bertindak sebagai pengarah, atau secara langsung atau tidak secara langsung mengambil bahagian di dalam atau mengambil berat di dalam pengurusan, apa-apa perbadanan kecuali dengan kebenaran Mahkamah hendaklah didapati bersalah di atas kesalahan terhadap Akta ini.


Penalti : Penjara lima tahun  atau RM 1000.00

Mahkamah tidak boleh memberi kebenaran di bawah seksyen ini melainkan notis niat untuk memohon telah diserahkan kepada Menteri Dan Pegawai Penerima atau salah seorang daripada mereka boleh diwakili di pembicaraan dan boleh menentang pemberian permohonan tersebut.

 
KUASA UNTUK MENYEKAT ORANG TERTENTU DARIPADA MENGURUS SYARIKAT
mana-mana kesalahan di bawah seksyen 132, 132a atau 303, dan orang tersebut di dalam tempoh lima tahun selepas disabitkan atau, ia dihukum penjara, selepas dibebaskan dari penjara, tanpa kebenaran Mahkamah adalah pengarah atau penganjur atau adalah apa-apa cara ama ada langsung atau tidak langsung mengambil berat atau mengambil bahagian dalam pengurusan perbadanan di Malaysia,ia hendaklah didapati bersalah di atas kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti : Lima tahun penjara   atau RM100, 000.00


Hilang Kelayakan  Pengarah Syarikat Yang Tak Solven

Jika mana-mana orang bertindak melanggar suatu perintah yang dibuat di bawah subsekyen  (i), maka ia adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.


Penalti: Pemenjaraan selama tiga tahun  atau RM 10,000.00 atau kedua-duanya.
Pendedahan Kepentingan Dalam Kontrak, Harta, Jawatan Dan Lain-lain.
Kecuali seperti yang diperuntukan dalam subseksyen (iii) seksyen ini hendaklah menjadi tambahan kepada dan bukan mengurangkan operasi apa-apa kaedah undang-undang atau apa-apa peruntukan di dalam perkara-perkara menyekat pengarah dari mempunyai apa-apa kepentingan di dalam kontrak dengan syarikat ata dari memegang jawatan atau memiliki harta yang melibatkan kewajipan dan kepentingan-kepentingan yang bercanggah dengan kewajipan atau kepentingan sebagai pangarah.


Penalti: tujuh tahun penjara  RM 150,000.00  kedua-duanya.


Larangan Ke Atas Penyalahgunaan Maklumat Yang Diperolehi Dalam Kapasiti Rasmi

Mana-mana orang yang berada dalam atau berkaitan kepda urusan sekuriti perbadanan,mempunyai apa-apa maklumat yang jika diketahui umum dijangka mempengaruhi harga tajuk perkara urusan di Bursa Saham dan yang mana-mana:-


a)   
ia memegang oleh kerana kapasiti rasmi atau kapasiti rasmi dahulu;

b)   
adalah munasabah untuk menjangka seseorang di dalam kapasiti rasmi atau kapasiti rasmi dahulu tidak mendedahkan kecuali bagi pelaksanaan fungsi-fungsi yang teratur menyertai kapasiti rasmi tersebut; dan

c)   
ia tahu adalah belum disiarkan maklumat yang sensitif kepada harga berhubung dengan sukuriti perbadanan tersebut, tidak boleh menyalahgunakan maklumat tersebut untuk mendapat secara langsung atau tidak langsung, faedah untuk dirinya atau untuk mana-mana orang lain yang melanggar peruntukan seksyen ini hendaklah didapati bersalah di atas kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti : lima tahun penjara atau RM30,000.00

Kelulusan  Syarikat Diperlukan Untuk Melupuskan Akujanji Atau Harta Syarikat Oleh Pengarah
Mana-mana pengarah yang melanggar peruntukan seksyen ini hendaklah didapati bersalah di atas kesalahan terhadap Akta ini.


Penalti : Lima tahun penjara atau RM30,000.00  atau kedua-duanya.

TRANSAKSI HARTA YANG BANYAK MELIBATKAN PENGARAH
Pengarah syarikat atau syarikat induk atau orang yang berkaitan dengan pengarah tersebut, yang membuat apa-apa perkiraan atau transaksi dengan syarikat dengan melanggar seksyen ini atau pengarah yang membenarkan perkiraan atau transaksi tersebut, adalah melakukan kesalahan terhadap Akta ini.


Penalti : Lima tahun penjara atau RM30,000.00   atau kedua-duanya.
  

Pinjaman Kepada Pengarah-Pengarah

Di mana sebuah syarikat melanggar seksyen ini, mana-mana pengarah yang membenarkan apa-apa pinjaman yang dibuat, membuat apa-apa gerenti atau menyediakan apa-apa jaminan bertentangan dengan seksyen ini adalah melakukan kesalahan terhadap Akta ini.


Penalti : RM10,000.00

Larangan Pinjaman Kepada Orang Yang Bersangkutan Dengan Pengarah
Di mana syarikat melanggar seksyen ini, mana-mana pengarah yang memberi kuasa untuk membuat apa-apa pinjaman atau membuat apa-apa garenti bertentangan dengan seksyen ini adalah melakuakn kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti : RM10,000


Buku Daftar Pegangan Saham Pengarah Dan Lain-Lain
Jika keingkaran dilakukan di dalam mematuhi seksyen ini, syarikat tersebut dan setiap pegawai syarikat yang ingkat adalah melakukan kesalah terhadap Akta ini.

Penalti : Tiga tahun penjara  atau RM15,000. Penalti ingkar.


Larangan Bayaran Pengecualian Cukai Kepada Pengarah
Sebuah syarikat tidak boleh membayar kepada pengarah saraan (sama ada sebagai pengarah atau selainnya) tanpa cukai pendapatan atau selainnya dikira dengan merujuk kepada atau berbeza dari jumlah cukai pendaatannya, atau kadar cukai pendapatan, kecuali di bawah suatu kontrak yang berkuatkuasa sebelum Akta ini, dan secara mensyaratkan, dan bukan dengan merujuk kepada perkara-perkara, untuk bayaran saraan tersebu

Di mana syarikat melanggar seksyen ini, syarikat dan setiap pegawai syarikat yang ingkar melakukan kesalahan terhadap Akta ini.


Penalti : Tiga tahun penjara  atau RM10,000.00
 
 
Sekiranya anda ingin mengetahui secara lengkap mengenai undang-undang syarikat sila rujuk kepada admin. emailkan ke smecentre2010@gmail.com