Definisi

Picture

Kenapa berniaga?

Berniaga adalah kerjaya mulia. Usaha ini mempunyai kelas sendiri, di mana mereka yang terlibat akan memiliki keselesaan dari segi material, waktu yang fleksi dan menjadi majikan kepada diri sendiri.

 
Dari perspektif agama sendiri karier berniaga turut diceburi oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.



berniaga perlu berilmu

Picture
Umumnya, peniagaan adalah individu yang menjual produk dan perkhidmatan. Manakala, usahawan merupakan mereka yang memasuki alam perniagaan dengan perancangan yang teliti dan berencana.

Kaji selidik dan strategi memajukan perniagaan disertai matlamat halatuju telah disediakan dengan jelas dan terancang.

Golongan ini menceburi bidang perniagaan dengan hasrat untuk berkembang maju dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan. Mereka sentiasa berusaha memajukan perniagaan dengan pelbagai daya dan kreativiti.

JATI DIRI SEORANG USAHAWAN

Picture
















(CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA)

Kajian terhadap perniaga yang berjaya menemui satu personaliti umum yang dikongsi secara umum oleh mereka. Ia menglibatkan hubungan multi-arah yang menjadi dorngan dalaman dan dorongan luaran yang berterusan.

Dorongan ini boleh datang dari diri sendiri ataupun persekitaran dan kadangkala strategi. Perkara yang paling biasa ditemuai pada mereka adalah bersikap positif dalam sebarang keadaaan. Tiada perkataan mustahil dan bersifat tidak pernah mengalah apabila menghadapi sebarang rintangan

Di bawah adalah sebahagian dari ciri-ciri utama yang terdapat secara umum kepada usahawan yang telah berjaya:

DORONGAN DALAMAN
a.    Semangat Jayadiri
Selalu berfikiran positif, berdikari dan mempunyai motivasi yang tinggi. Sentiasa ghairah ingin memperbaiki tahap diri dan meningkatkan kedudukan ekonomi. Mahu mencari dan menterjemah peluang-peluang yang ada ke arah prodiktif.

b.    Potensi
Menyedari dan tahu potensi diri sendiri dengan yakin. Kerana dunia perniagaan adalah berkisar di persekitaran merealisasikan potensi. Baik dari segi pontensi diri menterjemah dan termasuk juga potensi barangan yang diperdagangkan.

 c.    Kawalan
Ia merangkumi kawalan berbentuk pribadi dari sikap negative seperti tamak, menindas, menipu dan pelbagai sikap buruk. Pada masa yang sama, peniaga yang berjaya adalah mereka yang turut mampu mengawal situasi, harga, kos dan pelanggan. Mereka boleh mengawal perjalanan diri dan perniagaan daripada elemen negatif, baik ketika meniti kejayaan mahupun sewaktu merudum.

d.    Mempunyai halatuju
Usahawan yang berjaya didapati mempunyai pelan yang sempurna dan halatuju yang jelas. Mereka sedia maklum dan mahir dalam bidang yang diceburi serta siaga dalam menangani cabaran yang telah dijangka. Pelan luar jangka atau pelan ‘B’ telahpun disediakan untuk menghadapi perkara di luar kawalan. Satu sasaran telah disediakan bagi mengukur pencapaian dan meningkatkan tahap perniagaan.

e.    Kreatif
Kreativiti amat penting dalam dunia perniagaan yang merupakan pentas persaingan. Penawaran barangan dan perkhidmatan yang pelbagai dalam pasaran akan menyebabkan bakal pembeli dan pengguna rambang mata. Hanya dengan daya kreativiti yang tinggi sahaja, berupaya menarik pelanggan membeli produk yang ditawarkan. Begitu juga dalam menghadapi kemelesetan, melalui daya kreativiti usahawan, ia boleh ditangani dengan berhemah.

f.     Kemahiran berkomunikasi 
Memang benar pepataah mengatakan ‘mulut mahu manis, hati mesti baik’ adalah kunci merupakan ‘kunci kata’  kepada kejayaan perniagaan. Ia amat penting kerana proses berniaga adalah merupakan prosedur menyakinkan pelanggan terhadap produk yang ditawarkan, sehingga menyebabkan pelanggan tertarik untuk membeli produk dengan harga yang ditawarkan. Proses menyakinkan memainkan peranan utama dalam pemasaran produk dan membolehkan kita mengatasi pesaing.

g.    Fleksibel dan mudahalih
Daya serapan dalam perniagaan terhadap perubahan-perubahan pasaran dan keperluan pengguna serta senario setempat adalah penting. Menawarkan produk yang baik kepada golongan sasaran yang silap adalah satu kesalahan yang selalu dilakukan oleh peniaga IKS. Kerana itu, kepekaan terhadap keperluan dan sedia merombak serta ubahsuai bentuk dan bahan dagangan akan memastikan para peniaga tetap berdaya saing dan mampu menongkah arus. Perubahan, peningkatan dan rombakan strategi mesti dilakukan dari masa ke semasa demi kelangsungan perniagaan.

DORONGAN LUARAN

a.  Cabaran ekonomi
Cabaran ekonomi boleh datang dalam pelbagai bentuk. Sama ada akibat kehilangan pekerjaan, pertambahan bilangan keluarga ataupun kekangan sosial untuk meningkatkan status. Kadangkala, cabaran-cabaran ini telah melonjak individu daripada zon selesa mereka dan menghumban keluar individu daripada kepungan kepompong alam pekerjaan kepada alam perniagaan.

b.  Kehadiran peluang
Terdapat juga beberapa usahawan yang berjaya telah didorongkan melalui kewujudan peluang. Ini termasuk perniagaan yang berkaitan kontrak, francais, pembekalan dan seumpamanya. Golongan ini selalunya adalah professional yang berurusan dengan peniaga-peniaga yang tidak secara langsung didedahkan dengan dunia perniagaan.

c.   Bimbingan
Memang muttakhir ini, kerajaan telah melahirkan ramai peniaga dan usahawan yang tergolong dalam kelas ini. Mereka ini memang dididik dan menerima bimbingan untuk mencebur diri dalam bidang keusahaawanan.



KENAPA USAHAWAN GAGAL?

Picture




















Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada sesetengah usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka. Antara faktor dan sebab mengapa usahawan gagal dijelaskan sebagaimana yang berikut:-

  • Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang. Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun rancangan mungkin dibuat, ia tidak spesifik dan sekadar, "Saya mahu untung tahun ini!" Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasikannya, tidak ditetapkan. Akhirnya, impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin.